Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 14, 2010

kenape yoga diharamkan ??



Seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengumumkan keputusan berhubung hukum senaman yoga kepada pengamal senaman itu yang beragama Islam dalam tempoh terdekat ini.

Namun selain daripada itu, terdapat berita yang lebih buruk kepada mereka yang mengamalkan senaman yoga ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Kesimpulanya, adakah yoga mempengaruhi pemabuk ataupun pemabuk mencipta yoga???

R.Yogaraja, sekadar gambar hiasan dan tidak pandai ber-yoga..







-sekian-

Wednesday, January 13, 2010

Bantal cap ayam

Hari isnin lepas aku baru beli bantal baru dekat pasaraya Giant- banyak pilihan harga lebih murah. Aku nie jenis orang yang kalau nak tido kene ade 2,3 bantal. Dari kecik dulu memang dah terbiase asal tido jek mesti nak peluk sumthing. Kalau tak kencing malam memang takleh tidur. Kalau nak diikutkan memang aku nak cekau je bantal yang empuk2 tu tapi...standard student ler...lagi murah lagi bagos..so aku pun beli le bantal yang tgh sale mase tue...bantal Gong Xi Fa Cai punyer..Tapi kali nie aku nak kongsi bantal-bantal yang memang best dan kreatif punyer..kalau aku jumper depan mata memang aku beli sebakul..betul tak tipu nyer.

Alarm clock pillow

Bantal nie direka khas untuk korang dengan fungsi "glow in the morning". Maknenyer korang akan bangun pagi dengan segar bagaikan melihat langit yang cerah dan awan yang putih. Cahaya akan menjadi semakin terang dalam tempoh 40 minit. Disertakan dengan bunyi alarm yang nyaman dan hanya memakai bateri double A 2x.


Scribble Pillow

Bantal mini yang comel dan hugable dengan abjad menjadi tema. Bantal kecik nie memang menarik dan kreatif. Korang bolehla susun bantal-bantal nie dan jadikan ia satu perkataan seperti "i Love you " atau pun " I am gay ". Wadefakk??



Rock Pillow
Bantal yang agak best. Bentuknya macam batu tetapi tidak berbahaya. Bagi ibubapa yang mempunyai kanak-kanak seperti tarzan, bolehla membeli bantal nie kerana ianya lembut dan sesuai dengan imaginasi kanak-kanak yang bahlol. Baling kat muka pun takde hal.

Pervert pillow
Bantal nie seswai dengan namanyer "pervert pillow". Pembeli kebanyakanya ialah lelaki-lelaki yang gatal dan berharap akan bermimpi basah. Hee..


Laptop-Friend pillow

Aku taktau name asal bantal nie tapi macam tulah bunyinya. Seswai untuk dijadikan tempat "laptop holder" untuk mengelakkan haba yang dikeluarkan oleh laptop mencederakan anda.

Suicide Pillow


Macam dah mati kan ? Bantal nie memang direka sebegitu untuk menakutkan member2 anda ataupun sebagai "prank". Tapi memang bahaya bantal nie..ne tau kalau korang tidur pastue tros gol.

sumber - Genius otak berjambul



Jadi cover page

Pernah tak korang rase jeles bile tengok muke artis yang cun ataupun yang cam cipan jadi cover dalam majalah-majalah feveret korang ? Tak ke korang terlintas di minda:

"best betul diorang dah la dapat makeup cantik-cantik pastue dapat jadi cover dekat magazine ."

Ataupun,

"ceh, muke macam teletubies pun boleh kuar majalah."

TARRA!!!

Dengan mendalah nie, korang tak payah susah-susah pergi sesi ujibakat untuk jadi feymes. Selamber jer muke boleh keluar dekat majalah. Caranya pergi dekat sini. Lepas tue dengan sedikit ilmu photoshop yang korang ader, korang boleh edit dulu gambar tue sebelum nak jadi cover majalah. Nak lakukan majalah muke mesti kemsa ye tak?. Lepas dah edit sket, upload jer gambar tue, pilih cover dan....siappp. Semudah kanak-kanak tadika mengeja ABC.

Korang boleh juga rate cover face korang ataupun orang laen..Mane tau kalau editor majalah MASKULIN nampak gambar korang boleh la jugak korang jadi feymes kan ??


Contoh daripada majalah MASKULIN


Contoh daripada MagMyPic

p/s: saje diupload untuk tatapan umum..Tiz Zaqyah


-Sekian-

Wednesday, January 6, 2010

Contest baru la pulak !!


tetibe je aku bersemangat nak join..sejak baru berjinak0jinak dalam dunia edit pic n blogging nie..nak jugak tunjuk bakat kan...haa ni la hasil karya aku..


Gambir ni diambil semasa di Kundasang, Sabah waktu tengahari tapi cuaca mendung. Jadi memang keliling kawasan tue diselubungi kabos tebal..penglihatan paling jauh 8m+/-.

Cuti Buat apa ?








Ahaks~ cuti memang tak best kan ? Lebih-lebih lagi kalau cuti semester sampai DUA BULAN lebih..maka sepanjang tempoh cuti nie aku merehatkan sekaligus minda dan menghabiskan masa lapang aku dengan bersenang lenang sambil menyedot - Slurpee ® The Coolest Drink on Earth! Dalam kenikmatan menyedot air tersebut, aku mendapat idea membuat satu statistik ataupun temubual dengan beberapa orang penganggur di sekitar Malaysia berkenaan dengan aktiviti mereka semasa cuti panjang--PERHATIAN- nama yang digunakan bukan merupakan nama sebenar.

Mak Kiah,51 : "Kalau nak diikutkan memang tiap-tiap hari makcik mengabeskan masa makcik dengan berkaroke. Sebenarnya makcik dulu ade masuk ujibakat Malaysian Idol tapi tak dapat sebab diorang cakap makcik takde pakej. Tu yang sekarang makcik ubah skit imej makcik jadi hip-hop..dan skarang makcik dah pandai rapping sikit-sikit.Bagus karaoke nie sekurang-kurangnya makcik dah tak gian mengumpat macam dulu lagi."


Nek Sue,79 : "Nek cuti ni kuat bersenam. Maklumlah umur dah lanjut nek nak kene jaga body sikit. Hari-hari nek jogging 5km sampai basah ketiak nek. Nek streching dulu sebelum jogging ituelah yang jarang cramp. Tentang pemakanan memang nek bedal je pinggan mangkuk sume."



Couple,KL: "entah la bro, wa cuti nie dating je profesion wa. Bawak awek's jalan-jalan nengok wayang , pegi shopping, malam pegi pub minum-minum. Boleh bangkrup woo wa camnie rase lepas naik cuti nie terpakselah wa buat part time cari duit. Projek ?? Huiish bro..wa tak buat bende tue sume bro..dosa berat tue.."

Nini , 3 : "....................................................................(tak pandai cakap lagik)."


Salleh , 32 : "Uncle nie keje jual aiskrim nie baru sebulan. Dulu uncle doktor pakar dekat hospital besar Johor. Member pakcik cakap gaji jual aiskrim nie lagi banyak daripada gaji doktor, tue yang pakcik resign jadi doktor tue."

p/s: dah lama aku cari aiskrim nie-


Karyawan2 berwawasan