Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 30, 2009

Roti canai


“Roti canai siapp!! Sumenye RM12.80 dikk”.

“Ni ha duitnya kak RM 13 takpe simpan je lebih tue.”

Aku pun beredar terus dari warung pakcik tadi. Tak sabar aku nak makan roti canai yang aku pesan tadi. Dari pukul 10 sampai pukul 11 malam aku menuggu setia di sebelah pakcik yang menebar roti canai tu. First time aku pergi warung pakcik nie tu pun adik aku yang merungut kat emak aku sebab die cakap malam nie die tak boleh tido kalau tak dapat makan roti telur.

Dengan hati yang tak keruan, aku pun terpaksa menurut perintah emak aku yang selaku permaisuri agong di istana disebabkan ketiadaan ayahku. Hendak diringkaskan cerita, aku pun sampaila di warung pakcik tue.

Masa aku sampai tue aku tengok ader dua family cina nie tgh makan roti canai yang baru je dihidangkan. Aroma bau roti canai tue memang...fuh menyocok idong aku. Patutla bukan main ramai lagi orang yang makan kat warung pakcik nie. Bau roti tue je dah boleh buat aku meleleh air liur. Aku tengok orang cina paling ramai makan kat kedai pakcik ni dan orang melayu ade dalam 5-6 orang. Orang yang datang memang ramai walaupun warung ni kecik je tepi jalan n meja pun ade dalam tujuh biji. Slalu orang cakap memang sedap la kalau warung tu ramai orang.

“Lontong, mee rebus , nasi lemak , murtabak , roticanai semua ade. Adik nak order ape ?”

Adik minah nie panggil aku ? (boleh tahan cun minah ni ). Padahal aku rasa umur dye ngan aku tak macam jauh pun beza tapi mungkin sebab aku ni awet muda so aku pun tak kesah sangat.

“aa camtu kasi roti kosong dua , telur dua bungkus ngan lontong dua bungkus yea (tak tahan lapar) “

“Boleh tapi kene tunggu lama sket ye dik (kuat jugak budak nie mentekedarah).”

“boleh takde hal.”

Aku pun terpaksa berdiri sebab kerusi meja sume dah dibedal oleh pelanggan lain. Aku tengok jam dah nak dekat setengah jam aku kat situ tapi tak siap lagi roti canai aku. So aku pun pegi la tanya minah tu.

“ dah siap ke roti canai saya ? “

“Kejap yea ni tengah bungkus “ Tetiba,

“Oi *&%$#@ emak kauu!! adoii sakitnye tangan akuu”

Sedang minah nie membungkus roti canai aku , tetiba tangan dye tersenggol periuk yang berisi kuah mee rebus sudah melatah mengalahkan mak nenek. Abis terbang aku punye roti canai tadi kat tengah jalan raya (warung ni kat tepi jalan raya).Dengan tidak semena-mena tetibe lalulah sebuah bas transit link berplat nombor JFE 45xx berwarna kuning melanggar- lari roti canai ku yang terpelanting tadi.

“Er sori ler dik dah jadi roti terbang dah roti canai awak. Takpe tunggu kejap lagi yea “ (dengan muke gelabah)

“Err..xpe” (dengan senyum yang kurang ikhlas)................................................................





What is TinEye ?

Kali ni aku aku nak memperkenalkan satu search engine yang best. Kalau korang nak tau search engine ni diberi nama Tin Eye @ mata tin ?. Entah kenapa ia diberikan nama sebegitu tidak dapat diberitahu tetapi fungsinya yang bagus pasti akan membuka mata anda.

Tin Eye merupakan satu reverse image search engine. Ini bermaksud dengan mengupload sesuatu gambar kepunyaan anda di Tin Eye , laman carian gambar ini akan mencari gambar yang hampir serupa dengan gambar yang anda upload tanpa perlu anda masukkan sebarang keyword.

Hampir menyerupai carian enjin google , Tin Eye mudah digunakan dan dengan pantas dapat mencari gambar yang menyerupai atau hampir dengan gambar yang anda upload. Dengan lebih 1.5 billion imej carian ,Tin Eye akan memberitahu anda link-link sites yang mempunyai gambar yang anda upload di internet.





Monday, December 14, 2009

Iklan streamyx bengong

kelebihan tersembunyi handphone





Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan ? Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -


1) NOMBOR KECEMASAN

- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.



3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .


4) TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.

p/s: kredit to: Aku pemuda melayu



Congrats Gunners !!


Minggu nie boleh dikatakan minggu terbaek Arsenal memandangkan team-team gergasi yang lain seri dan tersungkur di tempat sendiri. Walaupunpun kalah ketika menentang di liga juara-juara, namun The Gunners tetap dapat masuk ke pusingan kalah-mati .

Mengenai perlawanan awal pagi tadi, Mula saja separuh masa pertama Arsenal mula mengasak gol lawan (liverpool) dengan Wenger menukar posisi Walcott yang beraksi di tengah diapit oleh Nasri di sebelah kanan dan Arshavin di sebelah kiri.. Minit ke-50 hasil hantaran lintang Johnson gagal mengawal bola untuk hanya melihat bola tersebut melintasi garisan gol Liverpool..Glen Johnson hanya dapat mendongak ke atas sambil mengucapkan "oh my god" dan terpaksa menghalalkan gol yang disumbatkanya di gawang sendiri.


Tidak lupa juga Torres yang sememangnya dikawal ketat oleh gandingan Gallas dan Vermaelen Jadi agak sukar untuknya membinasakan Arsenal..





Babak kedua menyaksikan hantaran Fabregas mencari Arshavin berjaya dibaca Johnson namun dek kerana Johnson gagal mengawal kemas bola tersebut Arshavin mudah mencuri bola tersebut di dalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan padu dari kaki kanannya dengan Reina hanya tergamam di gawang gol Liverpool..


Hasilnya....

sumber:-The Sun


15 kebaikan mempunyai blog sendiri

15 kebaikan mempunyai blog sendiri:-

Salam satu malaysia (sahutan kerajaan). Setelah sekian lama aku menyepi, aku rasa mase nielah yang paling seswai untuk aku membuat comeback. Bukan apa , aku rasa macam ade sesuatu semangat waja yang memanggil-manggil aku untuk mengupdate blog aku nie maklumlah "zaman kian beralih, musim bertukar".

Sebelum nie aku ingat yang buat blog nie sesuatu yang membosankan, sia-sia dan x mendatangkan faeedah, tapi lepas aku fikir-fikir balik masa aku cuti sem nie dari duduk rumah menghabiskan waktu-waktu lapang nie dr nengok tv, makan-tido-pegi tandas berkali-kali melakukan rutin hidup yang sama -Itu Barulah Membosankann.

kat sini aku dapat listkan 15 kebaikan mempunyai blog sendiri:-

1) Korang boleh menulis ape sahaja yang terlintas kat kepala korang...perasaan x puas hati,sedih,lawak,nak nangis,nak marah,nak kutuk orang semuanya boleh sebab blog nie KORANG YANG PUNYE.

2) Bagus untuk orang yang cepat pelupa @ short minded cam aku nie..kekadang ade peristiwa yang pahit dan manis berlaku kat sekeliling kita tapi esoknye kita dah lupa maklumlah ornag dah baligh nie..faham-faham jelah...

3) Orang akan lebih mengenali anda. Ade pepatah mengatakan, "walau tak bertemu muka , tulis surat pun sudah memandai" (lebey kurang le)

4) Anda semua bebas untuk menulis dan memilh apa-apa sahaja topik perbualan anda

5) Boleh mepertingkatkan tahap kreativiti dan menambahkan pengetahuan sesorang. Orang cakap kalau cuti jer, otak pun cuti, then abes cuti dah nak kene buang karat kat otak tue..

6) Buat blog nie bagus untuk korang yang malas nak buat assigment yang lecturer bagi. Kalau korang ade blog, mesti korang nak selalu update kan ? so mesti la korang kene cari sesuatu info and then nak kene taip lagi. So lama-kelamaan korang akan dapat satu feeling nie.. KEPUASAN...ble korang dapat siapkan kerje mesti korang suke kan ? rasa lega macam baru lepas buang air besar...

7) Dapat pengalaman yang menarik bila ada orang komen blog anda. Mungkin korang akan menerima maki hamun dan cacian time nak promote blog anda..

8) Dapat menjadi penulis yang baik. Mungkin lepas nie korang boleh jadi karyawan atau reporter part time walaupun korang jurusan kejuruteraan.

9) Dapat follower/kenalan baru lebih2 lagi daripada secret admirer.

10) Mungkin korang akan jadi terkenal bila blog korang keluar paper macam blog Oh!Artis.

11) Dapat mengenal perangai pelbagai insan melalui blog diorang, ape yang diorang suka dan tak suka.

12) Boleh menambahkan pendapatan sampingan. (tak payahla masuk score-A,usana )

13) Melatih kelajuan menaip anda. Nak test ? tekan Sini

14) Blog anda akan menjadi tempat rujukan blog lain.

15) Ada orang yang ingin mengenali diri anda.


So, sekian dulu buat masa nie.Sebenarnya banyak lagi yang perlu aku ubah supaya blog aku nie menarik. InsyaAllah mudah-mudahan lepas nie aku akan lebih rajin mengupdate blog aku yang tak seberapa nie.."Maksud di hati memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai".

Kredit to :- 1)
Kamus peribahasa
2) Test kelajuan menaip




Karyawan2 berwawasan