Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 14, 2009

15 kebaikan mempunyai blog sendiri

15 kebaikan mempunyai blog sendiri:-

Salam satu malaysia (sahutan kerajaan). Setelah sekian lama aku menyepi, aku rasa mase nielah yang paling seswai untuk aku membuat comeback. Bukan apa , aku rasa macam ade sesuatu semangat waja yang memanggil-manggil aku untuk mengupdate blog aku nie maklumlah "zaman kian beralih, musim bertukar".

Sebelum nie aku ingat yang buat blog nie sesuatu yang membosankan, sia-sia dan x mendatangkan faeedah, tapi lepas aku fikir-fikir balik masa aku cuti sem nie dari duduk rumah menghabiskan waktu-waktu lapang nie dr nengok tv, makan-tido-pegi tandas berkali-kali melakukan rutin hidup yang sama -Itu Barulah Membosankann.

kat sini aku dapat listkan 15 kebaikan mempunyai blog sendiri:-

1) Korang boleh menulis ape sahaja yang terlintas kat kepala korang...perasaan x puas hati,sedih,lawak,nak nangis,nak marah,nak kutuk orang semuanya boleh sebab blog nie KORANG YANG PUNYE.

2) Bagus untuk orang yang cepat pelupa @ short minded cam aku nie..kekadang ade peristiwa yang pahit dan manis berlaku kat sekeliling kita tapi esoknye kita dah lupa maklumlah ornag dah baligh nie..faham-faham jelah...

3) Orang akan lebih mengenali anda. Ade pepatah mengatakan, "walau tak bertemu muka , tulis surat pun sudah memandai" (lebey kurang le)

4) Anda semua bebas untuk menulis dan memilh apa-apa sahaja topik perbualan anda

5) Boleh mepertingkatkan tahap kreativiti dan menambahkan pengetahuan sesorang. Orang cakap kalau cuti jer, otak pun cuti, then abes cuti dah nak kene buang karat kat otak tue..

6) Buat blog nie bagus untuk korang yang malas nak buat assigment yang lecturer bagi. Kalau korang ade blog, mesti korang nak selalu update kan ? so mesti la korang kene cari sesuatu info and then nak kene taip lagi. So lama-kelamaan korang akan dapat satu feeling nie.. KEPUASAN...ble korang dapat siapkan kerje mesti korang suke kan ? rasa lega macam baru lepas buang air besar...

7) Dapat pengalaman yang menarik bila ada orang komen blog anda. Mungkin korang akan menerima maki hamun dan cacian time nak promote blog anda..

8) Dapat menjadi penulis yang baik. Mungkin lepas nie korang boleh jadi karyawan atau reporter part time walaupun korang jurusan kejuruteraan.

9) Dapat follower/kenalan baru lebih2 lagi daripada secret admirer.

10) Mungkin korang akan jadi terkenal bila blog korang keluar paper macam blog Oh!Artis.

11) Dapat mengenal perangai pelbagai insan melalui blog diorang, ape yang diorang suka dan tak suka.

12) Boleh menambahkan pendapatan sampingan. (tak payahla masuk score-A,usana )

13) Melatih kelajuan menaip anda. Nak test ? tekan Sini

14) Blog anda akan menjadi tempat rujukan blog lain.

15) Ada orang yang ingin mengenali diri anda.


So, sekian dulu buat masa nie.Sebenarnya banyak lagi yang perlu aku ubah supaya blog aku nie menarik. InsyaAllah mudah-mudahan lepas nie aku akan lebih rajin mengupdate blog aku yang tak seberapa nie.."Maksud di hati memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai".

Kredit to :- 1)
Kamus peribahasa
2) Test kelajuan menaip




No comments:

Karyawan2 berwawasan