Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 14, 2009

Congrats Gunners !!


Minggu nie boleh dikatakan minggu terbaek Arsenal memandangkan team-team gergasi yang lain seri dan tersungkur di tempat sendiri. Walaupunpun kalah ketika menentang di liga juara-juara, namun The Gunners tetap dapat masuk ke pusingan kalah-mati .

Mengenai perlawanan awal pagi tadi, Mula saja separuh masa pertama Arsenal mula mengasak gol lawan (liverpool) dengan Wenger menukar posisi Walcott yang beraksi di tengah diapit oleh Nasri di sebelah kanan dan Arshavin di sebelah kiri.. Minit ke-50 hasil hantaran lintang Johnson gagal mengawal bola untuk hanya melihat bola tersebut melintasi garisan gol Liverpool..Glen Johnson hanya dapat mendongak ke atas sambil mengucapkan "oh my god" dan terpaksa menghalalkan gol yang disumbatkanya di gawang sendiri.


Tidak lupa juga Torres yang sememangnya dikawal ketat oleh gandingan Gallas dan Vermaelen Jadi agak sukar untuknya membinasakan Arsenal..





Babak kedua menyaksikan hantaran Fabregas mencari Arshavin berjaya dibaca Johnson namun dek kerana Johnson gagal mengawal kemas bola tersebut Arshavin mudah mencuri bola tersebut di dalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan padu dari kaki kanannya dengan Reina hanya tergamam di gawang gol Liverpool..


Hasilnya....

sumber:-The Sun


No comments:

Karyawan2 berwawasan