Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label otak berjambul. Show all posts
Showing posts with label otak berjambul. Show all posts

Wednesday, January 13, 2010

Bantal cap ayam

Hari isnin lepas aku baru beli bantal baru dekat pasaraya Giant- banyak pilihan harga lebih murah. Aku nie jenis orang yang kalau nak tido kene ade 2,3 bantal. Dari kecik dulu memang dah terbiase asal tido jek mesti nak peluk sumthing. Kalau tak kencing malam memang takleh tidur. Kalau nak diikutkan memang aku nak cekau je bantal yang empuk2 tu tapi...standard student ler...lagi murah lagi bagos..so aku pun beli le bantal yang tgh sale mase tue...bantal Gong Xi Fa Cai punyer..Tapi kali nie aku nak kongsi bantal-bantal yang memang best dan kreatif punyer..kalau aku jumper depan mata memang aku beli sebakul..betul tak tipu nyer.

Alarm clock pillow

Bantal nie direka khas untuk korang dengan fungsi "glow in the morning". Maknenyer korang akan bangun pagi dengan segar bagaikan melihat langit yang cerah dan awan yang putih. Cahaya akan menjadi semakin terang dalam tempoh 40 minit. Disertakan dengan bunyi alarm yang nyaman dan hanya memakai bateri double A 2x.


Scribble Pillow

Bantal mini yang comel dan hugable dengan abjad menjadi tema. Bantal kecik nie memang menarik dan kreatif. Korang bolehla susun bantal-bantal nie dan jadikan ia satu perkataan seperti "i Love you " atau pun " I am gay ". Wadefakk??



Rock Pillow
Bantal yang agak best. Bentuknya macam batu tetapi tidak berbahaya. Bagi ibubapa yang mempunyai kanak-kanak seperti tarzan, bolehla membeli bantal nie kerana ianya lembut dan sesuai dengan imaginasi kanak-kanak yang bahlol. Baling kat muka pun takde hal.

Pervert pillow
Bantal nie seswai dengan namanyer "pervert pillow". Pembeli kebanyakanya ialah lelaki-lelaki yang gatal dan berharap akan bermimpi basah. Hee..


Laptop-Friend pillow

Aku taktau name asal bantal nie tapi macam tulah bunyinya. Seswai untuk dijadikan tempat "laptop holder" untuk mengelakkan haba yang dikeluarkan oleh laptop mencederakan anda.

Suicide Pillow


Macam dah mati kan ? Bantal nie memang direka sebegitu untuk menakutkan member2 anda ataupun sebagai "prank". Tapi memang bahaya bantal nie..ne tau kalau korang tidur pastue tros gol.

sumber - Genius otak berjambul



Wednesday, December 30, 2009

What is TinEye ?

Kali ni aku aku nak memperkenalkan satu search engine yang best. Kalau korang nak tau search engine ni diberi nama Tin Eye @ mata tin ?. Entah kenapa ia diberikan nama sebegitu tidak dapat diberitahu tetapi fungsinya yang bagus pasti akan membuka mata anda.

Tin Eye merupakan satu reverse image search engine. Ini bermaksud dengan mengupload sesuatu gambar kepunyaan anda di Tin Eye , laman carian gambar ini akan mencari gambar yang hampir serupa dengan gambar yang anda upload tanpa perlu anda masukkan sebarang keyword.

Hampir menyerupai carian enjin google , Tin Eye mudah digunakan dan dengan pantas dapat mencari gambar yang menyerupai atau hampir dengan gambar yang anda upload. Dengan lebih 1.5 billion imej carian ,Tin Eye akan memberitahu anda link-link sites yang mempunyai gambar yang anda upload di internet.





Karyawan2 berwawasan