Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 18, 2011

Selamat Hari Guru !


 "Bangun semua !

Assalamualaikum dan selamat pagi cikgu !"

"Selamat Pagi sume. Sila duduk."
 
"Terima kasih cikgu !"


Ingat lagi tyme aku sebut ayat nie pada sepuluh tahun lalu tyme darjah 6 Berlian di sebuah sekolah rendah di Johor Bahru. Padehal tyme tue aku bukanye ketua kelas ke hape. Saje je disuruh oleh member kire kuat la pengaruh aku nie .(k.kelas ngan penolong x dtg). Masa darjah 6 zaman kegemilangan aku. Gilang - gemilang macam sekolah tue tak ubah macam taman tema dekat Bukit Merah Laketown Resort aku buat. Yelahh , name je darjah enam , badan dah membesar otak kecik siput. Nakal lagi aku dari Adam dalam filem Nurkasih tue. Tyme tu aku dilantik jadi ketua doktor muda. pangkat dye same taraf la dgn pengawas / pengawas perpustakkan kat skolah tu. Tah taktau macamne aku boleh dapat jadi k.doktor muda pun aku tak tau. Faktor utama mungkin tulisan aku yang buruk dan rambut aku yang macam amatlah skema .Hahaha

Depan cikgu akula yang paling baik dengan muka yang suci-putih. Tapi belakang cikgu aku jadi watak jahat. Pegi sekolah awal pagi pukul 6.15 am kalah pengawas. Bukannye aku nak jadi pak guard , tapi nak buat vandalism. Masuk kelas darjah satu curi kaler krayon budak2. Lau ade rezeki lebih dapatla pensel shaker. tyme tue faymess. Sape de shaker lebih die paling kaya. Dapat kaler krayon mulalah sesi berkarya. Tapi aku berkarya tempat high class. tak maen la atas meja , dinding kelas , papan kenyataan. Bathroom beb. Selalu banyak dapat idea dalam tempat ni . Taktaula aku apsal. Tapi yang aku bangga dari darjah 1-6 boleh enjoy karya aku tu. Malas nak story ape yang aku lukis kat situ. Tapi masterpiece aku adalah dekat Teacher's Bathroom (Gents). tandas paling hujung , belakang pintu. Fuhh. sampai heboh dekat perhimpunan pagi. Legend jugak aku sekejap.

Waktu paling aku tunggu2 mase kelas tusyen belah malam. Tusyen pale hotak. Main2 je keje aku tak pernah rase insaf walaupun nak UPSR. " Elehh UPSR apela sgt..bukan bole masuk universiti pun " mungkin tue yang aku fikir. Waktu tusyen memang best. Bole makan2 dalam kelas, bole bawak enset , mp3 player, pakaian pulak bebas. bolela berfesyen sket org ckp. Aku suke bawak laser. tyme cikgu ngajar kat depan , aku pun laserr blkg cikgu tue. Tak pernah kantoi beb ! bebudak laen pun dah lali jadi mangsa aku. pastu ade rehat 30 mt. Pehh ! 30mt memang tak rehat. Time nie la ktorg nyakat dak2 pompuan , pusing2 satu skolah , baling kerusi kantin tengah2 padang , pecahkan pasu bunga , selerakkan kelas org laen , dan baanyakk lagi. Cukup la tue je aku story. Yang laen takleh bgtau. Tah ape ade dalam otak ktorg mase tu taktau la. Nak kata budak bangang+nakal aku masuk  kelas no 1. Tapi perangai memang macam budak terencat.

Eh kejap, sebenarya nak cite pasal cikgu2 aku tak pasal2 cite pasal keburukan aku plak kan ? haha memang anak murid tak mengenag budi aku nie. Maaf cikgu , saya sayang sume cikgu saya. Len kali saya post pasal cikgu2 sume ye ?

saya yang lalai ,

2 comments:

kr0nc0ngmalaya said...

wo... woo.. dah aktif yaaa..

Rezz@ said...

haha..lame gile tak update cha!

Karyawan2 berwawasan